April 24, 2011
Teguran lembut
Langit tak selalu cerah
YaAllah! beratnya hati aku. Entry kali ni sangat menyedihkan lah. Bak kata orang, benda dah jadi. masuk hari ni, dah cukup 3 minggu aku tak lalu makan, menangis 24 jam. Aku sedih sangat. Aku berharap ni adalah ujian dari Allah S.W.T atas dosa-dosa aku, kebodohan aku. Kenapa lah saat-saat cinta mula mekar dan bakal berakhir dengan kebahagiaan, datang dugaan sebesar ni? Tak adil aku rasa. Tapi ini takdir Allah. Allah berkuasa diatas setiap kejadian Allah maha mengetahui segalanya bahkan yang kita tak pernah terfikir langsung. Aku tak putus berdoa dan berharap Allah dengar setiap doa aku dan bagi aku jalan penyelesaian atas segala masalah, dugaan, musibah yang aku alami. Mungkin ada hikmah disebalik setiap benda yang jadi keatas aku.
Genap 3 minggu aku berhadapan dengan dugaan ni. Antara aku dengan Hasbul Munshi Azmi. Aku tak tahu nak fikir apa lagi. Aku rasa macam mayat hidup pun ada. Kadang-kadang tergoyah iman bila terdetik untuk fikir kenapa Allah tak amek je nyawa aku ni? Dah tak guna aku hidup lagi sebab aku kehilangan orang yang aku cintai hampir 4 tahun. Tapi aku masih ada mama & abah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku. Mama bertarung nyawa 20 tahun lepas untuk melahirkan aku. Sampai putus-putus urat mata. Abah pulak, kerja kuat untuk cari rezky halal untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan kami dengan baik. Agak lah tersentap bila aku teringat yang abah bagi restu hubungan aku dengan Bun walau dulu abah lah yang paling menentang. Abah selalu pesan kat aku, "Bun budak baik, jagalah perangai hang. Berkawan elok-elok. Kita adik beradik. Kalau nanti Bun nak nikah dengan hang, abah pun tak kisah. Tapi dia kena belajar tinggi, kerja besar. baru boleh bagi makan kat hang. Kalau tak, takkan aku sanggup tengok hang makan pasir? Hang pun belajar lah elok-elok. Sejuk hati abah macam bapak orang lain tengok anak dia berjaya." Abah, jaja janji akan belajar lagi tinggi dari ni untuk bahagiakan abah & mama yang dah banyak berkorban untuk jaja & adik-adik.

Aku ni hipokrit sangat sebab terpaksa tipu diri sendiri dan orang yang paling aku cinta selepas mama & abah. Aku sanggup menipu tunjuk aku jahat,buruk untuk sembunyikan setiap pengorbanan yang aku korbankan. Aku buat macam tu sebab aku nak dia bertahan dengan aku. Suatu hari nanti bila sampai masanya nanti, dia akan tahu dan berterima kasih untuk setiap pengorbanan aku. Aku ni mulut je lebih. hati tak pernah sampai pun. Aku selalu tuduh-tuduh Bun yang buruk-buruk sebab aku nak sangat dia bagitahu aku secara detail,lengkap,penuh atas setiap perkara yang dia buat sebab aku selalu bagi full report kat dia, pe yang aku buat. Tak pernah terlintas pun aku nak serious tuduh-tuduh dia yang bukan-bukan. Aku cinta sangat dekat dia. Cara aku hargai dia memang lain dari apa yang dia fikir. Semua yang dia nak aku berusaha bagi walaupun pengorbanan yang aku lakukan tak sebesar apa yang dia korbankan untuk aku. Semua yang dia larang,semua aku ikot. aku dah jadi macam isteri dia semata-mata taknak hilang dia. Tapi aku ni manusia biasa. bukan nabi, malaikat. aku pun buat salah jugak. aku setia dengan dia selama ni. takn pernah terlintas untuk aku curangkan dia. dulu pon sebab aku nak dia bagi perhatian lebih dekat aku. tapi jadi tak seperti yang aku rancangkan. walaupun aku banyak makan hati dengan dia,tak sampai satu dunia aku nak cerita macam yang dia buat dekat aku.
Sepatotnya dah dia cakap dia berfikir cara matang, tak perlu rasanya luahkan dekat facebook setiap perkara. Aku tak pernah pun tulis direct walaupun aku sakit hati sangat-sangat. Aku bukan sengaja nak mencarut semua tu. semua jadi akibat cemburu buta aku. Dan aku paling tak suka bila ada orang lain mula menghakimi aku dengan teruk. Dorang tak tahu macam mana aku berusaha keras jaga hubungan kami agar kami bertahan untuk selamanya. Aku ni selalu tak fikir panjang dan terlalu kebudak-budakkan. Aku tahu ni memang satu kelemahan aku yang besar. Bun pon tak boleh tahan. Aku cuba macam-macam untuk berubah. cerita banyak pun tak guna. Ini urusan Allah. Sekarang aku berazam untuk jadi orang baru. aku biarkan Khadijah yg gedik tu dah mati. Aku cuba untuk kawal marah, kawal percakapan, kawal diri aku. Mungkin Allah akan mendengar segala doa aku dan membimbing aku ke arah yang benar. Kawan-kawan, sepupu, makcik, pakcik yang sentiasa menyokong aku akan bagi aku kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup aku macam dulu, berubah untuk jadi lebih baik dan merangsang aku dengan nasihat aku ke arah menuju bahagia.

Hasbul Munshi Azmi,
sayangku, hatiku, cintaku, nyawaku, penghiburku, 'keyenteng'ku, harapanku.. 3 tahun 5 bulan dan 25 hari kita bersama tak cukup buat saya dan cinta kita. 2 tahun kita bersama, tak pernah sekali pun kita bergaduh kerana cinta kita yang kuat. sebelum masuk tahun ke3 hingga sekarang kita selalu bergadoh besar atas ketidak puasan hati terhadap satu sama lain. bermulanya hilang kepercayaan, kurang rasa sayang, dan kemanisan perhubungan kita. saya tetap menunggu awak untuk kita bersama satu hari nanti. Saya hargai setiap pengorbanan, setiap jasa, setiap masa awak untuk saya. ia tiada tolok banding dan galang gantinya. saya mahu awak tahu yang hati saya mati. Hanya awak yang mampu menghidupkannya. Tolong lah bagi saya semangat untuk saya teruskan hidup dengan baik supaya saya dapat menunggu awak,mengharap dekat awak. saya percaya akan kuasa Allah. Saya percaya kita berjodoh. jodoh kita kuat. Ini cuma salah satu dugaan dari Allah untuk memanjangkan jodoh pertemuan kita dan kebahagiaan kita yang kekal abadi. Awak masih sayang dan cintakan saya. saya percaya. itu yang menjadi kekuatan untuk saya bersabar menunggu awak. saya cuba untuk redha untuk tengok awak bahagia walau bukan dengan saya. kerana kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya. saya sanggop berkorban untuk awak jadi milik saya kerana saya patuh dengan janji dan sumpah saya untuk sehidup semati dengan awak. saya berharap sangat awak buka hati awak kembali untuk saya. cinta saya takkan pernah padam untuk awak. hanya untuk awak. saya sayang awak sangat-sangat, tak terkira banyaknya. saya percaya cinta kita akan terus kekal. Semoga Allah saja yang menolong untuk memimpin kita kepada kebahagiaan. Amin.
April 19, 2011
walau macam mana pun,still nak...
November 8, 2010
6.november.2010-the great day!
October 26, 2010
Mcdelivery
October 25, 2010
Sabtu & Ahad
October 22, 2010
Selamat Bercuti!
- Pagi-pagi lagi aku dah celik mata,
- buat warm up dulu sebelum 'punch kad',
- menjerit sekuat hati kat alat pendengaran adik perempuan aku yang tersayang,
- pergi amek kain-kain dalam mesin basuh,
- bawak depan untuk jemur,
- masuk rumah, menyapu,
- kemas-kemas rumah sikit takot orang datang serbu, (mentang-mentang aku cuti, ada je nak mendera aku)
- masak untuk adik-adik aku dengan berpeluh-peluh & bau busuk tak mandi,(aku memang pandai memasak, ok!)
- mandi, membuang daki selama 15 minet, (normal untuk seorang perempuan)
- bersiap untuk makan,
- menonton TV kejap sambil melipat kain-kain semalam,
- take a nap, (usually for 2 hours)
- angkat kain jemuran untu dilipat pada esok hari
- mandi untuk malam
- tepat jam 6:30 petang, 'punch kad' menandakan tamat waktu bekerja