April 30, 2011

mana awak pergi?


Awak, mana awak pergi? Awak tak call saya, awak tak mesej saya langsung pun. Saya tunggu awak call. Saya tunggu awak pujuk saya suruh saya makan. Saya tunggu awak pujuk saya jangan nangis lagi. Tapi, dah 2 hari awak hilang.. Awak pergi mana? Awak dah lupa dekat saya ke? Awak, saya tahu saya bersalah. Tolonglah guna hati nurani awak untuk terima saya kembali. Saya tahu saya tak perfect. Saya selalu buat salah. Tapi dalam banyak-banyak salah saya, takkan saya tak pernah bahagiakan awak?

Awak, awak ingat lagi tak surat yang saya bagi dekat awak walaupun bukan hand writing saya? awak ingat lagi tak macam mana saya bersusah untuk dapatkan jadual kelas awak? Awak ingat lagi tak saya berusaha untuk pinjam buku 'Konserto Terakhir' awak? Awak ingat lagi tak kawan-kawan awak,awak bye-bye saya kat tingkap kelas awak? Awak ingat lagi tak kita selalu communicate dekat koridor kelas? Awak ingat lagi tak saya duduk tepi awak dekat tempat parking motor, lepas tu kawan-kawan saya usik-usik kita? Awak ingat tak 1st date kita bila? Awak ingat tak kita makan sama-sama dekat KFC? Awak ingat tak saya selalu ikut awak ke mana saja awak pergi dan awak pun macam tu jugak? Awak ingat tak masa kita duduk sama-sama dekt tangga lepas tu saya tengok wallet awak, saya main rambut awak sebab saya suka sangat dengan rambut awak? Awak tau tak saya tenang sangat bila dapat tenung mata awak.

Awak ingat tak masa kita keluar sama-sama sebelum saya balik Klang naik flight? Saya sedih sangat berpisah dengan awak. Awak ingat tak masa kita amek result SPM, saya edih sebab saya ada failed. Tapi awak seronok dapat 2 A. Awak ingat tak lepas tu kita pergi Kangaq, awak belikan saya cincin, then awak cakap, satu hari nanti awak akan belikan saya yang real punya. Awak ingat tak saya teman awak amek duit biasiswa dekat BSN? Awak ingat tak kita pergi Yen Gallery, saya belikan awak bear comel, awak bagi suprise dekat saya bear besar colour biru yang lagi comel? Mak awak suka tengok saya. lepas tu mak awak cakap, "bear lagi besaq dari tuan. Ni habuan bagi dia peluk lah ni?"Awak ingat masa awak call saya guna public phone time awak dekat PLKN? masa tu kan saya happy sangat dapat dengar suara awak.

Awak, awak ingat lagi tak masa saya dengan awak dapat masuk Unisel sama-sama? Tapi awak tak pergi sebab awak nak teruskan PLKN, masa tu hancur sangat hati saya sebab tak dapat belajar sama-sama dengan awak. Mungkin sekarang kalau awak terima dulu, kita da menunggu hari Konvo supaya kita dapat amek Diploma sama-sama. Awak, terima kasih sebab temankan saya masa awak cuba apply Unisel tak dapat lepas tu kita balik Perlis sama-sama. Awak ingat lagi tak masa tu teruk kita kena maki dengan abah sebab saya menipu dia. Sepanjang perjalanan kita menangis. Saya tak pernah tengok awak menangis seikhlas tu. Awak jaga saya dengan baik masa dalam bas. Awak sanggup bersejuk sebab bagi saya pakai sweater awak walaupun waktu tu awak mengigil kesejukkan. Saya mintak maaf. Masa tu saya bersumpah yang saya takkan sia-sia kan awak sebab saya terlalu nak jadi yang halal buat awak.

Awak, awak masih ingat tak awak kerja dekat kedai makan lepas tu awak kumpul duit untuk datang dekat saya. Kita sama-sama celebrate birthday saya ke-18. Awak ingat lagi tak? Masa tu bulan puasa. Saya bahagia sangat! Saya beli handphone baru. Duit saya tak cukup, awak tambahkan duit awak. Terima kasih awak. Malam birthday saya tu kita, nana teman dol pergi photoshoot dekat The Curve. Awak tahu tu, itulah sekali saya sampai The Curve seumur hidup saya. Kita amek gambar banyak-banyak pakai handphone baru saya. Tapi saya sedih. Handphone tu dah hilang. Saya tak sempat setahun pun guna handphone tu. Awak sabarkan saya. Awak cakap, nanti awak belikan saya handphone baru untuk ganti handphone tu. Tapi awak tak belikan. awak bagi handphone slide awak dekat saya. saya suka sangat!

Awak, banyak lagi yang saya nak taip dekat sini. tapi saya tak mampu. Saya sedih sangat. Banyak kenangan kita bersama. Terlalu banyak. 3 tahun 5 bulan yang paling bahagia dalam hidup saya. Saya tetap akan perjuangkan cinta saya dekat awak walau saya sakit hati sangat-sangat tengok perlakuan perempuan perampas tu. Saya percaya kita berjodoh. Awak, kembalilah... Saya ada tulang rusuk awak yang pernah awak janjikan dulu. Saya tunggu awak. Saya sentiasa tunggu awak. Saya sayang awak sangat. Tolonglah. Allah ketemukan kita untuk kita bersama selamanya. Amin.


April 27, 2011

Rindu

Dalam entry lepas aku ada cakap yang aku ni tak pandai tunjuk sayang. Mungkin aku ni macam, Arwah Tok Mama. Dia buat-buat garang dekat mama, maknani and makyong. Tapi aku tahu yang sebenarnya dia sayang dekat diorang. Walaupun Makdah & Achuk dia lagi sayanglah tapi dah dia kahwin dengan Arwah Aki, tak kan tak sayang anak-anak Aki kan? Mulut je lebih. Hati orang tak kan tahu. Tapi bila dia sakit sorang-sorang kat Alor Star, dia selalu call mama, maknani & makyong. Disebabkan takot, semua tak nak angkat. Sampai lah hari ia meninggal. Semua menyesal tak sudah. Mungkin sama dengan nasib aku satu hari nanti. Tapi kalau aku dah berubah, mungkin lain nasib yang akan aku dapat.

Dalam entry ni, memang aku nak membuktikan kesahihannya lah. Selama ni aku memang mencari boyfriend yang pandai main gitar. Aku tak tahu kenapa.. Mungkin sweet kot. Allah tu maha kaya, dia pertemukan aku dengan Bun dalam kira-kira 3 tahun lepas dalam cara yang sangat sempurna. Bun pun seorang yang pandai main gitar. Plus, time Bun tanya aku apa ciri-ciri yang aku nak kalau aku ada boyfriend, aku cakap lah yang pandai main gitar. Dalam hari tu jugak, 7 oktober 2007, Bun purpose aku jadi girlfriend dia. Kiranya, memang tepat lah pilihan aku kalau pilih Bun. Time kitorang bahagia, Bun selalu main gitar untuk aku. Aku suka acoustic gitar lebih pada electric. Bukan bermakna aku benci Bun main electric gitar. Aku suka sangat sebenarnya. Mulut aku je yang lebih cakap aku benci. Tapi MasyaAllah!, aku suka sangat setiap kali Bun main gitar untuk aku. Lagu I'm Yours, lagu happy b'day version GGPR, lagu dodoi.. Aku rindu sangat each moment Bun buat aku tersenyum lepas dia main gitar. Satu pengubat rindu yang ada dekat aku, recording Bun main lagu dodoi untuk aku. Setiap kali aku teringat kat Bun, mesti aku dengar. Lepas dengar tu, mulalah menangis. Aku rindu sangat.

Pagi ni Bun ada mesej suruh aku jaga diri & makan ubat. Aku rasa aku dah semakin lega. Mungkin jugak atas pertolongan dari Allah. Aku pun dapat menenangkan diri. Aku tak tunjuk sangat aku menderita walaupun dalam hati ni, Allah sahaja yang mengetahui. Bun pun ada call aku. Cara dia layan, baik sangat. Buat aku rasa nak balik Perlis secepat mungkin. Aku nak sangat jumpa Bun. Aku nak bersembang face to face. Aku nak buktikan dekat Bun yang aku dah mula berubah. Aku nak Bun pelan-pelan terima. Yelar, ini soal hati. Hanya pemilik hati yang dapat mengawal. Kalau Bun nak dekat aku, Alhamdulillah. Aku terima dengan senang hati tetapi aku menjadi Siti Khadijah Shukri yang baru. Orang yang dulunya terlalu kebudak-budakkan. Tapi sekarang tak lagi. Mungkin aku sekarang lebih soft spoken dari dulu aku tak tak pernah soft pun bercakap. Aku tak nak jadi hipokrit lagi. Sekarang, with the power of Tasbih, aku selalu berzikir supaya aku dapat mengawal marah, mengawal emosi, mengawal percakapan, mengawal tingkah laku. Aku akan bersabar dalam setiap perkara. Dah tak nak lagi marah-marah. Aku tak nak lagi simpan dendam. Aku tak nak maki-maki orang. Aku tak nak panggil orang bodoh lagi. Aku tak nak prasangka buruk lagi dekat orang. Aku nak jadi positive thinking. Aku rasa aku manusia paling hina sekali. Biarlah aku sahaja yang buruk.

Aku berharap, Bun akan terima aku kembali. Aku percaya ini kehendak Allah dan Allah bagi aku rasa dugaan ni sebab dia nak lebih bahagiakan aku dengan Bun. Walaupun tadi Bun ada tanya, "kenapa dari dulu awak tak nak buat macam ni?", then aku jawab "dulu saya tak dapat pengajaran besar macam ni. tapi sekarang saya dah mula belajar untuk jadi yang terbaik. saya nak jadi orang baru. saya tetap tunggu awak sebab saya pernah janji dengan diri saya sendiri, dengan diri awak dan bersumpah dengan nama Allah untuk mencintai awak seumur hidup saya". Bun pun diam. Agak lambat jugak sebenarnya perkara ni terjadi, tapi, Better Late Than Never kan? So, awak, saya tetap akan berharap jugak dekat awak walau macam mana caranya. Allah akan temukan kita jalan penyelesaiannya. Amin..

April 26, 2011

Takkan berhenti berharap


Minggu ni masuk minggu ke-4 aku menderita. memanglah sakit. Allah aje yang tahu. Aku dah tak lalu makan, tak nak buat apa-apa kecuali teringat semua kenangan aku dengan Bun. Perit sangat. Dah tak tahu nak fikir apa lagi. Semangat ni dah mati rasanya. Aku kurang bercakap. Semua orang risau kat aku. They keep asking me, "jaja dah makan ke?". terutamanya, mama & abah lah. Akim asyik menjerit dekat aku. Yelar. aku dah jadi macam betul-betul gila. Menangis tak berhenti. Muntah-muntah. Dengar lagu sedih. kejap kang pergi bilik akim, menangis sebab aku rasa, masih ada bau Bun dalam bilik tu. Baju Bun, jadi benda yang aku peluk tak nak lepas. Aku rindu sangat kat Bun.

Hari ni pun aku jadi tak ketahuan jugak. menangis lagi, teringat lagi. Yelar, aku masih dapat rasa sayang Bun terhadap aku. Cinta Bun yang tulus kat aku. Aku yang salah. Aku tak pandai tunjuk sayang, cara aku hargai dia. Dekat semua orang pun aku tak pandai tunjuk. Mama, abah. Aku tengking-tengking je. Mencarut pun pernah. Tapi cara aku buktikan balas sayang dorang kat aku dengan belajar betul-betul. Walaupun aku bukan lah muka 4.0, straight A tapi aku cuba jadi yang terbaik. Buktinya baru-baru ni mama & abah sampai menangis sebab CPA aku dapat 4.0. Orang lain pulak aku marah-marah je. Tapi sayang sangat. Macam Nana, aku marah dia pakai lipstik, yelar, kalau tak marah nanti muka dia buruk macam mana lah kan? Ina, aku marah tergedik-gedik. Yelar, mana lah orang suka tengok orang tergedik-gedik macam cacing. So, aku marah lah dia.

Yang Bun ni, walaupun aku tak boleh buat macam dia. Datang jauh-jauh untuk jumpa aku, beli macam-macam dekat aku, jaga segala percakapan. Tapi aku tetap sayang dekat dia. Mungkin Bun tak tahu betapa besar sayang aku dekat dia. Bun mungkin tak pernah rasa. Biarlah aku sakit hati, tapi aku ikhlas umtuk bertahan. Aku ikut segala kemahuan dia walaupun aku pernah langgar satu dua. Yelar, mana ada manusia perfect tak pernah buat salah kan? Lagi-lagi aku ni. Rupa tak ada. Belajar pun tak pandai mana. Aku tak pernah terlepas buat salah. Sekarang aku mencuba sedaya-upaya aku untuk memperbaiki diri aku, ubah macam-macam dekat diri aku supaya aku jadi orang baru tapi tetap diri aku sendiri. Aku akan jaga mulut aku. Perangai aku. Cara bercakap. Semuanya lah. Aku takkan berhenti berdoa supaya nanti Allah akan makbulkan doa-doa aku dan aku percaya, ni jugak ujian besar dari Allah untuk aku berubah. Umur aku pun bukan kecik-kecik lagi. Tahun ni masuk 21. Dah boleh dapat lesen besar. Nanti bila sampai masanya, aku akan bekerja, ada duit sendiri, rumah, kereta walaupun aku tak ada lesen memandu. Dan yang penting, mungkin aku akan bernikah. Aku memanglah berharap sangat Bun yang menikahi aku. Aku tak nak orang lain. Time ni lah aku kena perbaik diri supaya lepas kahwin nanti senang hati Bun dapat isteri macam aku. Yang penting dalam segala hal, aku kena banyak bersabar.

Pukul 14:03 tadi, Bun ada call aku. Pujuk sangat-sangat aku supaya aku makan. Aku cakap dekat Bun, aku pening, Yelar, kan selama ni aku tak makan, mana tak pening. Pastu aku memang ada rasa macam nak demam. Aku cakap lah kat dia. Dia pujuk aku untuk makan ubat jugak. Dia cakap, "kalau awak masih sayang saya,pergilah makan.." Aku cakap lah, "buat apa saya nak makan? biarlah saya sakit. tak ada peduli dekat saya lagi. Awak pun bukan nak dekat saya lagi. Awak pergilah mesej GF awak", then aku menangis teruk-teruk lagi. Bun tak berhenti pujuk aku, "Awak, saya dah call awak ni kan. Awak comel tau menangis macam ni. Awak atau tak? Saya terpaksa bagi awak pengajaran macam ni, untuk awak sedar". Bila aku dengar Bun cakap macam tu, aku terus bersemangat nak hidup lagi walaupun perit rasa di hati. Aku pergi solat zuhur dan berdoa tak putus dekat Allah sebab dah dengar doa aku supaya Bun call aku. Aku pun pergi makan kacang Koh-Kae 2 biji, minum air banyak-banyak. Makan sampai lupa nak pelawa Bun makan. Nak mesej, takut nanti Bun tak layan. Tak apalah, aku tetap tunggu. Selalu kalau nak makan, aku mesti bagi mesej macam ni, "Awk, meh mamam meh". Tapi tadi aku terlupa sebab aku happy sangat. Thanks to Akim sebab dah call Bun semalam.

Masuk petang, aku mula sakit hati sebab Akim asyik ingatkan aku yang Bun dah betul-betul tak nak dekat aku. YaAllah! hancur lagi hati aku. Terus aku jadi balik, menangis-nangis. Mana tak nya, aku kan masih berharap sangat dekat Bun. Tak apa lah. Aku akan buktikan dekat diri aku yang aku akan dapat Bun balik. Cepat atau lambat, itu urusanNya. Allah dah bagi aku jalan. Supaya aku berubah jadi yang terbaik dari yang terbaik. Aku akan tetap berusaha untuk dapat Bun walau sakit macam mana pun. Nasihat dari Syuhada, Ucu Nelly sentiasa jadi pembakar semangat aku untuk dapatkan Bun. No pain, no gain! Aku takkan berhenti berharap.

April 24, 2011

Teguran lembut

Entry ni pulak berkenaan aku cuba memperjuangkan hak aku. Aku tahu aku tak berkuasa untuk menidakkan kuasa Allah yang maha berkuasa diatas setiap ciptaanNya. Hati mana tak hancur? Rasa macam baru sesaat dua bermanja dengan Bun, mengusik-usik, bergelak-gelak, bersembang tentang kehidupan harian masing-masing. Tapi pagi ni, baru je lepas aku solat subuh. Aku berdoa untuk kebahagiaan kami kekal berpanjangan. Tengok status Bun dah in a relationship dengan perempuan tu. YaAllah,sebesar apa lagi dugaan Mu ke atas ku? Andai ini sahaja yang mampu untuk buat aku kekal, bahagia dan menjadi yang halal buat Bun satu hari nanti, aku terima ketentuanMu. Aku takkan berhenti solat, berdoa dan mencuba untuk besar agar engkau dapat tunjukkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dan menjanjikan kemanisan di hujungnya. Amin.


Kepada orang tersebut yang merasakan dirinya kini pengganti aku dihati Bun, ini ada satu dua teguran ikhlas buat anda. Harap anda terima dengan baik. Tahniahlah kerana dah berjaya berbuat demikian. Aku percaya Allah sentiasa berada bersamaku. Aku percaya akan hukum karma itu wujud. Buat baik dibalas baik. Buat jahat akan dibalas jahat. Hari ni kau hancurkan hati aku sampai berderai tak tersambung lagi. Semangat aku mati bersama hati aku yang hancur. Kau rampas orang yang paling aku sayang. Kau rampas orang yang paling bermakna didalam hidup aku. Kau amek kesempataan diatas penderitaan aku dengan menyakitkan hati aku. masih tersemat dihati, fikiran aku. Ini bukan main-main. Aku bersumpah diatas Quran dan nama Allah. Dari dulu kau selalu jadi punca kami bergadoh. Aku tak pernah kenal kau. Nak kenal pun aku tak mahu. Kenapa kau ganggu hidup aku? Kau bercinta dulu aku tak amek tahu pun. Aku tak pernah message-message pakwe ko macam kau buat dekat Bun. Asal aku keluar aje, mesti ada message dari kau. Tanya khabar. Mula-mula memang aku marah. Tapi aku percaya yang Bun cakap kau ni setakat kawan atau pun adik angkat aje. Paling aku tak kan lupa tengah-tengah malam aku dengan Bun duduk berdua nak beromen message kau masuk cakap dekat Bun, I Miss You. Sakitnya hati aku. Tapi Bun tenangkan aku. Dia cakap kau ni orang gila. Dia tak layan pun message kau. Pandai betul kau amek kesempatan waktu Bun tukar status single kan? Kau pun buat-buat tukar status kau jugak. Kau keluar dengan Bun tengah-tengah malam. Perempuan jenis apa kau ni? Pakai pulak singlet tunjuk gambar masuk facebook segala. Mungkin makcik Darina tak pandang kau sebelah mata pun. Aku harap sangat. Kau lupakan ajelah Bun ok? Sekarang kau rampas Bun dari aku. Kau ada fikir tak cinta dia terhadap aku macam mana? Tak kot.. Kau kan jahat. Semoga Allah tunjukkan kuasaNya terhadap kau. Tolonglah berhenti berharap. Aku cintakan Bun sangat. Seluruh hidup aku untuk dia. Dulu aku tak tunjuk sebab aku tipu diri aku sendiri. Jangan amek BUn aku. Cukuplah kau berkawan dengan dia. Jangan bencinta-cinta segala. Aku amat terseksa sekarang. Aku tunggu masa nak mati je. Tolonglah tinggalkan Bun aku. Aku syg Bun sgt. Aku menyesal atas setiap perbuatan aku dulu.

Langit tak selalu cerah

YaAllah! beratnya hati aku. Entry kali ni sangat menyedihkan lah. Bak kata orang, benda dah jadi. masuk hari ni, dah cukup 3 minggu aku tak lalu makan, menangis 24 jam. Aku sedih sangat. Aku berharap ni adalah ujian dari Allah S.W.T atas dosa-dosa aku, kebodohan aku. Kenapa lah saat-saat cinta mula mekar dan bakal berakhir dengan kebahagiaan, datang dugaan sebesar ni? Tak adil aku rasa. Tapi ini takdir Allah. Allah berkuasa diatas setiap kejadian Allah maha mengetahui segalanya bahkan yang kita tak pernah terfikir langsung. Aku tak putus berdoa dan berharap Allah dengar setiap doa aku dan bagi aku jalan penyelesaian atas segala masalah, dugaan, musibah yang aku alami. Mungkin ada hikmah disebalik setiap benda yang jadi keatas aku.

Genap 3 minggu aku berhadapan dengan dugaan ni. Antara aku dengan Hasbul Munshi Azmi. Aku tak tahu nak fikir apa lagi. Aku rasa macam mayat hidup pun ada. Kadang-kadang tergoyah iman bila terdetik untuk fikir kenapa Allah tak amek je nyawa aku ni? Dah tak guna aku hidup lagi sebab aku kehilangan orang yang aku cintai hampir 4 tahun. Tapi aku masih ada mama & abah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku. Mama bertarung nyawa 20 tahun lepas untuk melahirkan aku. Sampai putus-putus urat mata. Abah pulak, kerja kuat untuk cari rezky halal untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan kami dengan baik. Agak lah tersentap bila aku teringat yang abah bagi restu hubungan aku dengan Bun walau dulu abah lah yang paling menentang. Abah selalu pesan kat aku, "Bun budak baik, jagalah perangai hang. Berkawan elok-elok. Kita adik beradik. Kalau nanti Bun nak nikah dengan hang, abah pun tak kisah. Tapi dia kena belajar tinggi, kerja besar. baru boleh bagi makan kat hang. Kalau tak, takkan aku sanggup tengok hang makan pasir? Hang pun belajar lah elok-elok. Sejuk hati abah macam bapak orang lain tengok anak dia berjaya." Abah, jaja janji akan belajar lagi tinggi dari ni untuk bahagiakan abah & mama yang dah banyak berkorban untuk jaja & adik-adik.

Aku ni hipokrit sangat sebab terpaksa tipu diri sendiri dan orang yang paling aku cinta selepas mama & abah. Aku sanggup menipu tunjuk aku jahat,buruk untuk sembunyikan setiap pengorbanan yang aku korbankan. Aku buat macam tu sebab aku nak dia bertahan dengan aku. Suatu hari nanti bila sampai masanya nanti, dia akan tahu dan berterima kasih untuk setiap pengorbanan aku. Aku ni mulut je lebih. hati tak pernah sampai pun. Aku selalu tuduh-tuduh Bun yang buruk-buruk sebab aku nak sangat dia bagitahu aku secara detail,lengkap,penuh atas setiap perkara yang dia buat sebab aku selalu bagi full report kat dia, pe yang aku buat. Tak pernah terlintas pun aku nak serious tuduh-tuduh dia yang bukan-bukan. Aku cinta sangat dekat dia. Cara aku hargai dia memang lain dari apa yang dia fikir. Semua yang dia nak aku berusaha bagi walaupun pengorbanan yang aku lakukan tak sebesar apa yang dia korbankan untuk aku. Semua yang dia larang,semua aku ikot. aku dah jadi macam isteri dia semata-mata taknak hilang dia. Tapi aku ni manusia biasa. bukan nabi, malaikat. aku pun buat salah jugak. aku setia dengan dia selama ni. takn pernah terlintas untuk aku curangkan dia. dulu pon sebab aku nak dia bagi perhatian lebih dekat aku. tapi jadi tak seperti yang aku rancangkan. walaupun aku banyak makan hati dengan dia,tak sampai satu dunia aku nak cerita macam yang dia buat dekat aku.

Sepatotnya dah dia cakap dia berfikir cara matang, tak perlu rasanya luahkan dekat facebook setiap perkara. Aku tak pernah pun tulis direct walaupun aku sakit hati sangat-sangat. Aku bukan sengaja nak mencarut semua tu. semua jadi akibat cemburu buta aku. Dan aku paling tak suka bila ada orang lain mula menghakimi aku dengan teruk. Dorang tak tahu macam mana aku berusaha keras jaga hubungan kami agar kami bertahan untuk selamanya. Aku ni selalu tak fikir panjang dan terlalu kebudak-budakkan. Aku tahu ni memang satu kelemahan aku yang besar. Bun pon tak boleh tahan. Aku cuba macam-macam untuk berubah. cerita banyak pun tak guna. Ini urusan Allah. Sekarang aku berazam untuk jadi orang baru. aku biarkan Khadijah yg gedik tu dah mati. Aku cuba untuk kawal marah, kawal percakapan, kawal diri aku. Mungkin Allah akan mendengar segala doa aku dan membimbing aku ke arah yang benar. Kawan-kawan, sepupu, makcik, pakcik yang sentiasa menyokong aku akan bagi aku kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup aku macam dulu, berubah untuk jadi lebih baik dan merangsang aku dengan nasihat aku ke arah menuju bahagia.



Hasbul Munshi Azmi,

sayangku, hatiku, cintaku, nyawaku, penghiburku, 'keyenteng'ku, harapanku.. 3 tahun 5 bulan dan 25 hari kita bersama tak cukup buat saya dan cinta kita. 2 tahun kita bersama, tak pernah sekali pun kita bergaduh kerana cinta kita yang kuat. sebelum masuk tahun ke3 hingga sekarang kita selalu bergadoh besar atas ketidak puasan hati terhadap satu sama lain. bermulanya hilang kepercayaan, kurang rasa sayang, dan kemanisan perhubungan kita. saya tetap menunggu awak untuk kita bersama satu hari nanti. Saya hargai setiap pengorbanan, setiap jasa, setiap masa awak untuk saya. ia tiada tolok banding dan galang gantinya. saya mahu awak tahu yang hati saya mati. Hanya awak yang mampu menghidupkannya. Tolong lah bagi saya semangat untuk saya teruskan hidup dengan baik supaya saya dapat menunggu awak,mengharap dekat awak. saya percaya akan kuasa Allah. Saya percaya kita berjodoh. jodoh kita kuat. Ini cuma salah satu dugaan dari Allah untuk memanjangkan jodoh pertemuan kita dan kebahagiaan kita yang kekal abadi. Awak masih sayang dan cintakan saya. saya percaya. itu yang menjadi kekuatan untuk saya bersabar menunggu awak. saya cuba untuk redha untuk tengok awak bahagia walau bukan dengan saya. kerana kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya. saya sanggop berkorban untuk awak jadi milik saya kerana saya patuh dengan janji dan sumpah saya untuk sehidup semati dengan awak. saya berharap sangat awak buka hati awak kembali untuk saya. cinta saya takkan pernah padam untuk awak. hanya untuk awak. saya sayang awak sangat-sangat, tak terkira banyaknya. saya percaya cinta kita akan terus kekal. Semoga Allah saja yang menolong untuk memimpin kita kepada kebahagiaan. Amin.


April 19, 2011

walau macam mana pun,still nak...

Walau macam mana pun,still nak menulis kt blog ni. Well,aku ni sorang yg pemalas nak updated blog macam org lain.. Tulis macam-macam pun,bukan ade orang nak baca kan? Lantak aku lah kan nak tulis ke tak nak. Lagi satu hal,aku ni pon tak kreatif. so,ayat-ayat manis,ayat-ayat cinta,ayat lazim memang tak kan dapat dijumpai dalam penulisan aku.

Buat masa sekarang ni,aku dah tamat pengajian untuk program, Diploma in Communication And Media dekat Unisel. Alhamdulillah. Horay! InsyaAllah bulan sebelas ni, aku akan konvo. Kebanggaan mama & abah & aki & nenek & maknani & makyong & ateh dan lain-lain. xsabaq woo! Dalam ati ni dok pk,menatang ape lah konvo ni kan? Tak pe, sabor ajelah! Tapi aku dah berniat nak pakai cantik-cantik,lawa-lawa.. Entah lah..tunggu je harinya nanti ok?

Aku pun ade plan nak sambung degree. Tapi bukan dekat Unisel lah. Ingat nak berusaha pergi IPTA. Aku nak further B. Degree in Tourism Management. memang minat dengan berjalan-jalan ni. Yelar, jauh berjalan,luas permandangan. Nak pergi around the world. Amik gambar sana sini. Makan macam-macam. Tapi..Tengoklah macam mana kan? Aku memang berharap sangat lah. Kalau tak dapat, tak tau lah ape yang aku nak belajar pasni.

Ni pulak, satu sesi, luahan hati. Walaupun aku dah meluah dekat 4,5 orang, tapi hati ni still tak puas. Yelar, aritu meluah dengan perasaan marah,benci,tak fikir panjang. Sekarang, aku yang menyesal tak sudah kan? Baguih! Padan ngan muka ang!! Tulah, sebelum mencarut,memaki, tak fikir kan? Ikot hati sangat! Aku ni jenis yang susah sangat nak mengeluarkan kata-kata kesat sebab dah diajar jangan buat. Tapi kalau aku dah marah sangat, memang tak boleh tahan lah! Semua keluar! Marah, panas baran memang dah sebati dengan hidup aku. Tapi kalau marah biasa, aku boleh lagi tak mencarut, marah luar biasa ni yang semua keluar.

Kepada yang berkenaan, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tahu dah terlambat untuk mintak maaf. Tapi sebagai hamba Allah, makhluk yang tak kan lepas dari melakukan kesalahan, saya memang tak perfect kan?

Cuma, sepatotnya awak tak payah lah post dekat wall. Awak sendiri yang akan malu satu hari nanti. Saya langsung tak mention pasal family awak. Saya masih waras sebelum saya mengeluarkan kata-kata yang dah terkeluar tu. Dan sangat tak sepatotnya kakak awak, kawan-kawan awak cakap macam-macam dekat saya. Dorang tak faham ape yang saya rasa. Saya sangat rindu dekat awak. Saya cuma nak spend masa saya dengan awak sahaja. Saya tak mintak pon duit awak. Kalau awak rasa datang jumpa saya buat awak rugi duit, saya akan ganti seluruhnya dengan dua kali ganda. Saya janji. Saya cuma nak melepaskan rindu saya je. Tapi lain yang jadi. Saya tahu awak bali Blackbery tu bukan guna duit saya dan saya pun tak kisah awak nak beli. Dah itu impian awak kan? Itu pon impian saya. Saya pon nak beli. Tapi buat masa sekarang, saya satu sen pon tak pegang. Daif sangat hidup saya sekarang. Baju pon dah tak pernah beli lagi. Topup harap kat mak saya je. Makan,minum ni pon sebab duduk dengan family.

Saya tak faham ape yang awak dok pikir pasal saya. Mungkin awak dah tak nak dekat saya lagi. Saya banyak kekurangan. Tapi saya tetap dengan perasaan saya. Saya sayang awak. Saya rindu sangat masa kita yang dulu. Tapi awak tak faham kan? Saya cuma mampu berdoa semoga kita jumpa pengakhiran yang baik untuk hubungan kita. Saya pon berusaha untuk redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin kita merancang. Tetapi dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Saya harap awak tak kan benci saya. Dan saya berharap, kita boleh berkawan baik kalau tiada jodoh antara kita. Amin.