May 4, 2011

Terima kasih awak!



Aku tak tahu kenapa hati aku meronta sangat nak cakap dengan Bun. Terlalu rindu agaknya. Yelar, nak tahu keadaan dia sekarang, nak suara dia. Aku pun keluar dengan pakcham & opie cari topup. Cari punya cari, dapat. Pakcham belanja. Maxis topup, Rm10. Kredit aku ada dalam Rm2. Dah lama aku tak topup pun. Lama jugak lah aku genggam handphone siap solat lagi untuk memastikan yang aku amek keputusan yang tepat. Tepat 1:14 pagi, aku pun called. Masih tak berubah calleringtone khas untuk aku tu. Terima kasih awak!

Bun jawab call aku dengan baik sekali. Bun dengan kakyin baru balik dari makan. Bun cakap esok,(hari ni,selasa) nak balik KL. Hati aku mula takut. Rupanya Bun nak sambung study. Exam bulan 5 ni. Alhamdulillah. Aku sentiasa doakan Bun agar dia berjaya dalam hidup dia. Bun ada cakap dia dah tak ada semangat nak belajar lagi. Samalah dengan aku. Aku pun bertambah-tambah tension fikir pasal belajar ni. Tapi Bun tak lupa bagi aku kata-kata semangat supaya aku belajar lebih tinggi. Yelar, untuk menjamin masa depan. Aku ni tak ada kemahiran. Susah lah sikit nak cari kerja kalau tak kukuh taraf pendidikan. Bun cerita dekat aku yang dia nak kerja lepas exam nanti. Takpelah awak, saya sentiasa menyokong awak dari belakang dan hormati segala keputusan awak. Bun ada cerita jugak yang dia nak buat pasport sebab nak kerja dekat Singapore. Aku tak tahu nak cakap apa, aku cuma hormat segala keputusan dia.

Bun tak lupa jugak suruh aku cari boyfriend. Tapi demi Allah, aku takkan boleh. 3 tahun bersama takkan dapat aku lupakan. Mungkin 3000tahun lebih aku akan mnderita. Tak apalah, aku menderita pun sebab aku sendiri. Bodoh sangat. aku tanya Bun, dia bahagia tak? Bun jawab, dia ok aje. Perit jugak lah aku dengar Bun cerita pasal GF dia. Biasalah, baru-baru segalanya indah. Tapi aku tahu, Bun tetap sayangkan aku. Bun sendiri cakap. Macam mana pun saya, saya tetap sayangkan awak.. Terima kasih awak! memang ini yang saya nak dengar.

Tak dapat aku tahan air mata aku dari terus mengalir. Bermacam-macam rasa benci pada diri aku sendiri. Yang aku akan ingat sampai bila-bila, Bun cakap, Lambat jumpa je, kita jadi macam ni kan? tak masuk akal betul. Aku sokong sangat! Yelar, aku sediri tak ada niat & terlintas nak maki Bun. Terlalu banyak tekanan yang buat aku bercakap secara tak waras. Yang paling menyedihkan, selepas seminggu baru aku sedar yang aku dah terlepas maki-maki, tuduh teruk-teruk dekat Bun. Tak mungkin lelaki sebaik Bun, orang yang paling aku sayang, orang yang solatnya tak pernah tinggal, orang yang banyak berkorban untuk aku, buat perkara-perkara bodoh yang aku tuduh tu. Aku menyesal!! Aku harap selepas Allah bagi aku peluang untuk sedar setiap kesalahan aku, bagi aku peluang untuk berubah, aku akan jadi lebih baik.

Bun tak lupa untuk bagi aku nasihat, guideline untuk aku terus berubah untuk jadi lebih baik dari ni. Bun suruh aku jaga mulut, jaga sikap, jaga perangai, jaga bahasa. Bun pun ada cakap, dia tak cari perempuan yang hot sangat. Cukuplah pandai amek hati dia, jaga pertuturan, jaga hati Bun. Aku sahut cabaran ni dan aku tetap berusaha jadi seperti yang Bun nak. Mungkin nanti Bun sendiri yang takkan sangka aku boleh berubah. Aku akan jadi sama seperti yang Bun nak. Aku akan tunjuk cara aku menghargai dia, cara aku sayang dia.

Aku tanya Bun, dah pergi ke makan KFC ciken chop tu? Bun cakap belum. Tapi yang nasi tu dah. Aku cerita lah yang aku teringin nak makan. Tapi aku tak ada duit. Lagipun aku tak lalu nak makan, takat lalu sebelah KFC pun aku boleh menangis teruk teringat Bun paling suka makan dekat KFC. Bayangkanlah bila tengok iklan dalam TV tu, memanglah aku menangis teruk jugak. Aku ajak Bun datang rumah, Bun cakap tengoklah macam mana..Tapi saya tak boleh lama-lama. Aku jawab, Awak, ni rumh tok menakan awak tau? Saya kan makcik awak.. Takkan GF awak nak marah? Lagipun abah pun macam rindu dekat Bun. Bun ada cakap nak belanja aku ciken chop KFC tu. Aku pun cakaplah macam ni, kita makan dekat KFC ajelah ek? Macam biasa lah, tengok dululah Bun jawab.

Pasal Blackbery, aku cakap nak mintak Bun tolong bawak aku beli tempat dia beli. Yelar, aku kan tak tahu apa pasal ni. InsyaAllah, lepas mama dapat duit rumah nanti, aku nak mintak cikit lah. Untuk beli Blackbery. Bun sempatlah mencelah, kalau awak tak cukup duit, nanti saya tambahkan ok? kan haritu saya dah pernah janji..

Bun pesan jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan ikut time. Kalau sakit, rasa tak sihat, makan ubat. Tidur. Bun cakap, makckyang ada message Bun. Terima kasih makcikyang sebab tolong jaja! Aku cakap dengan Bun, setiap kali aku tidur aku mesti mimpi Bun. Aku tanya Bun, dia ada mimpi aku tak? Bun jawab ada. tapi segan lah nak cakap. Mungkin awak mimpi basah pasal saya. Terima kasih awak! saya pun selalu mimpi macamtu pasal awak. kita mimpi channel yang sama kot? Bila saya dengar awak cakap macamtu, saya terus terfikir yang bukan semua orang dapat ada dalam mimpi macam ni. Ustaz saya pernah cerita, lelaki yang mimpi pasal perempuan lepas dia kena mandi wajib, mungkin perempuan dalam mimpi tu yang akan jadi isteri dia. Wallahualam. saya lega sangat. Terima kasih lagi sekali awak! Bun asyik sedawa. Pastu Bun sempat usik aku, ni awak punya pasal lah. hehe

Sejam 12 minit 51 saat aku bercakap dengan Bun. RM 10.45. Berbaloi sangat!! Awak, saya bahagia sangat dapat cakap dengan awak. dengar suara awak yang saya rindu sangat.pengubat derita saya. terima kasih sebab layan saya baik-baik. saya hargai sangat. saya tetap berharap dan akan setia menunggu awak. Allah maha adil. Saya percaya yang kita ada jodoh bertemu dan InsyaAllah dengan izinNya, kita ada jodoh untuk jadi halal buat selama-lamanya. Terima kasih awak! Saya akan ikut segala nasihat, pesanan awak. Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah yang maha mendengar untuk kekal didalam hati awak dan dikekalkan jodoh dengan awak. Saya sayang awak, saya rindu awak, saya cintakan awak.