Walau macam mana pun,still nak menulis kt blog ni. Well,aku ni sorang yg pemalas nak updated blog macam org lain.. Tulis macam-macam pun,bukan ade orang nak baca kan? Lantak aku lah kan nak tulis ke tak nak. Lagi satu hal,aku ni pon tak kreatif. so,ayat-ayat manis,ayat-ayat cinta,ayat lazim memang tak kan dapat dijumpai dalam penulisan aku.
Buat masa sekarang ni,aku dah tamat pengajian untuk program, Diploma in Communication And Media dekat Unisel. Alhamdulillah. Horay! InsyaAllah bulan sebelas ni, aku akan konvo. Kebanggaan mama & abah & aki & nenek & maknani & makyong & ateh dan lain-lain. xsabaq woo! Dalam ati ni dok pk,menatang ape lah konvo ni kan? Tak pe, sabor ajelah! Tapi aku dah berniat nak pakai cantik-cantik,lawa-lawa.. Entah lah..tunggu je harinya nanti ok?
Aku pun ade plan nak sambung degree. Tapi bukan dekat Unisel lah. Ingat nak berusaha pergi IPTA. Aku nak further B. Degree in Tourism Management. memang minat dengan berjalan-jalan ni. Yelar, jauh berjalan,luas permandangan. Nak pergi around the world. Amik gambar sana sini. Makan macam-macam. Tapi..Tengoklah macam mana kan? Aku memang berharap sangat lah. Kalau tak dapat, tak tau lah ape yang aku nak belajar pasni.
Ni pulak, satu sesi, luahan hati. Walaupun aku dah meluah dekat 4,5 orang, tapi hati ni still tak puas. Yelar, aritu meluah dengan perasaan marah,benci,tak fikir panjang. Sekarang, aku yang menyesal tak sudah kan? Baguih! Padan ngan muka ang!! Tulah, sebelum mencarut,memaki, tak fikir kan? Ikot hati sangat! Aku ni jenis yang susah sangat nak mengeluarkan kata-kata kesat sebab dah diajar jangan buat. Tapi kalau aku dah marah sangat, memang tak boleh tahan lah! Semua keluar! Marah, panas baran memang dah sebati dengan hidup aku. Tapi kalau marah biasa, aku boleh lagi tak mencarut, marah luar biasa ni yang semua keluar.
Kepada yang berkenaan, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tahu dah terlambat untuk mintak maaf. Tapi sebagai hamba Allah, makhluk yang tak kan lepas dari melakukan kesalahan, saya memang tak perfect kan?
Cuma, sepatotnya awak tak payah lah post dekat wall. Awak sendiri yang akan malu satu hari nanti. Saya langsung tak mention pasal family awak. Saya masih waras sebelum saya mengeluarkan kata-kata yang dah terkeluar tu. Dan sangat tak sepatotnya kakak awak, kawan-kawan awak cakap macam-macam dekat saya. Dorang tak faham ape yang saya rasa. Saya sangat rindu dekat awak. Saya cuma nak spend masa saya dengan awak sahaja. Saya tak mintak pon duit awak. Kalau awak rasa datang jumpa saya buat awak rugi duit, saya akan ganti seluruhnya dengan dua kali ganda. Saya janji. Saya cuma nak melepaskan rindu saya je. Tapi lain yang jadi. Saya tahu awak bali Blackbery tu bukan guna duit saya dan saya pun tak kisah awak nak beli. Dah itu impian awak kan? Itu pon impian saya. Saya pon nak beli. Tapi buat masa sekarang, saya satu sen pon tak pegang. Daif sangat hidup saya sekarang. Baju pon dah tak pernah beli lagi. Topup harap kat mak saya je. Makan,minum ni pon sebab duduk dengan family.
Saya tak faham ape yang awak dok pikir pasal saya. Mungkin awak dah tak nak dekat saya lagi. Saya banyak kekurangan. Tapi saya tetap dengan perasaan saya. Saya sayang awak. Saya rindu sangat masa kita yang dulu. Tapi awak tak faham kan? Saya cuma mampu berdoa semoga kita jumpa pengakhiran yang baik untuk hubungan kita. Saya pon berusaha untuk redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin kita merancang. Tetapi dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Saya harap awak tak kan benci saya. Dan saya berharap, kita boleh berkawan baik kalau tiada jodoh antara kita. Amin.