April 24, 2011

Teguran lembut

Entry ni pulak berkenaan aku cuba memperjuangkan hak aku. Aku tahu aku tak berkuasa untuk menidakkan kuasa Allah yang maha berkuasa diatas setiap ciptaanNya. Hati mana tak hancur? Rasa macam baru sesaat dua bermanja dengan Bun, mengusik-usik, bergelak-gelak, bersembang tentang kehidupan harian masing-masing. Tapi pagi ni, baru je lepas aku solat subuh. Aku berdoa untuk kebahagiaan kami kekal berpanjangan. Tengok status Bun dah in a relationship dengan perempuan tu. YaAllah,sebesar apa lagi dugaan Mu ke atas ku? Andai ini sahaja yang mampu untuk buat aku kekal, bahagia dan menjadi yang halal buat Bun satu hari nanti, aku terima ketentuanMu. Aku takkan berhenti solat, berdoa dan mencuba untuk besar agar engkau dapat tunjukkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dan menjanjikan kemanisan di hujungnya. Amin.


Kepada orang tersebut yang merasakan dirinya kini pengganti aku dihati Bun, ini ada satu dua teguran ikhlas buat anda. Harap anda terima dengan baik. Tahniahlah kerana dah berjaya berbuat demikian. Aku percaya Allah sentiasa berada bersamaku. Aku percaya akan hukum karma itu wujud. Buat baik dibalas baik. Buat jahat akan dibalas jahat. Hari ni kau hancurkan hati aku sampai berderai tak tersambung lagi. Semangat aku mati bersama hati aku yang hancur. Kau rampas orang yang paling aku sayang. Kau rampas orang yang paling bermakna didalam hidup aku. Kau amek kesempataan diatas penderitaan aku dengan menyakitkan hati aku. masih tersemat dihati, fikiran aku. Ini bukan main-main. Aku bersumpah diatas Quran dan nama Allah. Dari dulu kau selalu jadi punca kami bergadoh. Aku tak pernah kenal kau. Nak kenal pun aku tak mahu. Kenapa kau ganggu hidup aku? Kau bercinta dulu aku tak amek tahu pun. Aku tak pernah message-message pakwe ko macam kau buat dekat Bun. Asal aku keluar aje, mesti ada message dari kau. Tanya khabar. Mula-mula memang aku marah. Tapi aku percaya yang Bun cakap kau ni setakat kawan atau pun adik angkat aje. Paling aku tak kan lupa tengah-tengah malam aku dengan Bun duduk berdua nak beromen message kau masuk cakap dekat Bun, I Miss You. Sakitnya hati aku. Tapi Bun tenangkan aku. Dia cakap kau ni orang gila. Dia tak layan pun message kau. Pandai betul kau amek kesempatan waktu Bun tukar status single kan? Kau pun buat-buat tukar status kau jugak. Kau keluar dengan Bun tengah-tengah malam. Perempuan jenis apa kau ni? Pakai pulak singlet tunjuk gambar masuk facebook segala. Mungkin makcik Darina tak pandang kau sebelah mata pun. Aku harap sangat. Kau lupakan ajelah Bun ok? Sekarang kau rampas Bun dari aku. Kau ada fikir tak cinta dia terhadap aku macam mana? Tak kot.. Kau kan jahat. Semoga Allah tunjukkan kuasaNya terhadap kau. Tolonglah berhenti berharap. Aku cintakan Bun sangat. Seluruh hidup aku untuk dia. Dulu aku tak tunjuk sebab aku tipu diri aku sendiri. Jangan amek BUn aku. Cukuplah kau berkawan dengan dia. Jangan bencinta-cinta segala. Aku amat terseksa sekarang. Aku tunggu masa nak mati je. Tolonglah tinggalkan Bun aku. Aku syg Bun sgt. Aku menyesal atas setiap perbuatan aku dulu.