April 19, 2011

walau macam mana pun,still nak...

Walau macam mana pun,still nak menulis kt blog ni. Well,aku ni sorang yg pemalas nak updated blog macam org lain.. Tulis macam-macam pun,bukan ade orang nak baca kan? Lantak aku lah kan nak tulis ke tak nak. Lagi satu hal,aku ni pon tak kreatif. so,ayat-ayat manis,ayat-ayat cinta,ayat lazim memang tak kan dapat dijumpai dalam penulisan aku.

Buat masa sekarang ni,aku dah tamat pengajian untuk program, Diploma in Communication And Media dekat Unisel. Alhamdulillah. Horay! InsyaAllah bulan sebelas ni, aku akan konvo. Kebanggaan mama & abah & aki & nenek & maknani & makyong & ateh dan lain-lain. xsabaq woo! Dalam ati ni dok pk,menatang ape lah konvo ni kan? Tak pe, sabor ajelah! Tapi aku dah berniat nak pakai cantik-cantik,lawa-lawa.. Entah lah..tunggu je harinya nanti ok?

Aku pun ade plan nak sambung degree. Tapi bukan dekat Unisel lah. Ingat nak berusaha pergi IPTA. Aku nak further B. Degree in Tourism Management. memang minat dengan berjalan-jalan ni. Yelar, jauh berjalan,luas permandangan. Nak pergi around the world. Amik gambar sana sini. Makan macam-macam. Tapi..Tengoklah macam mana kan? Aku memang berharap sangat lah. Kalau tak dapat, tak tau lah ape yang aku nak belajar pasni.

Ni pulak, satu sesi, luahan hati. Walaupun aku dah meluah dekat 4,5 orang, tapi hati ni still tak puas. Yelar, aritu meluah dengan perasaan marah,benci,tak fikir panjang. Sekarang, aku yang menyesal tak sudah kan? Baguih! Padan ngan muka ang!! Tulah, sebelum mencarut,memaki, tak fikir kan? Ikot hati sangat! Aku ni jenis yang susah sangat nak mengeluarkan kata-kata kesat sebab dah diajar jangan buat. Tapi kalau aku dah marah sangat, memang tak boleh tahan lah! Semua keluar! Marah, panas baran memang dah sebati dengan hidup aku. Tapi kalau marah biasa, aku boleh lagi tak mencarut, marah luar biasa ni yang semua keluar.

Kepada yang berkenaan, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tahu dah terlambat untuk mintak maaf. Tapi sebagai hamba Allah, makhluk yang tak kan lepas dari melakukan kesalahan, saya memang tak perfect kan?

Cuma, sepatotnya awak tak payah lah post dekat wall. Awak sendiri yang akan malu satu hari nanti. Saya langsung tak mention pasal family awak. Saya masih waras sebelum saya mengeluarkan kata-kata yang dah terkeluar tu. Dan sangat tak sepatotnya kakak awak, kawan-kawan awak cakap macam-macam dekat saya. Dorang tak faham ape yang saya rasa. Saya sangat rindu dekat awak. Saya cuma nak spend masa saya dengan awak sahaja. Saya tak mintak pon duit awak. Kalau awak rasa datang jumpa saya buat awak rugi duit, saya akan ganti seluruhnya dengan dua kali ganda. Saya janji. Saya cuma nak melepaskan rindu saya je. Tapi lain yang jadi. Saya tahu awak bali Blackbery tu bukan guna duit saya dan saya pun tak kisah awak nak beli. Dah itu impian awak kan? Itu pon impian saya. Saya pon nak beli. Tapi buat masa sekarang, saya satu sen pon tak pegang. Daif sangat hidup saya sekarang. Baju pon dah tak pernah beli lagi. Topup harap kat mak saya je. Makan,minum ni pon sebab duduk dengan family.

Saya tak faham ape yang awak dok pikir pasal saya. Mungkin awak dah tak nak dekat saya lagi. Saya banyak kekurangan. Tapi saya tetap dengan perasaan saya. Saya sayang awak. Saya rindu sangat masa kita yang dulu. Tapi awak tak faham kan? Saya cuma mampu berdoa semoga kita jumpa pengakhiran yang baik untuk hubungan kita. Saya pon berusaha untuk redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin kita merancang. Tetapi dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Saya harap awak tak kan benci saya. Dan saya berharap, kita boleh berkawan baik kalau tiada jodoh antara kita. Amin.

November 8, 2010

6.november.2010-the great day!

Deepavali semalam,pergi rumah makdah. Saje je. Atas invitation kak et. Sampai rumah makdah pukul 1. time orang pergi sembahyang jumaat. makdah masak special hari ni. ikan bakar, air asam, masak asam pedas ikan. Kak et pun menunjukkan bakat memasak yang terpendam. kak et masak sayur goreng. dah selesai semua, makyong pun dah datang. makan lah. lepas makan-makan, naik atas pergi bilik makdah. buat meeting. perempuan sahaja. bincang nak pergi Bandung, next year! best sangat! makyong, makdah, mama & maknani nakl pergi. aku pun nak ikut lah! tapi tengok budget dulu lah. tapi kalu bab nak simpan duit sampai april, InsyaAllah, aku mampu.hehe. tiba-tiba kak et ajak pergi McD. pergi dengan ina, opie, ira and imran. makan kon sundae. kak et & ira nak potong rambut sikit, ikutlah diorang. lepas pergi saloon. pergi karok pulak! karoke jamban(bak kata kak et). kak et belanja RM 5. pukul 7 abah call. nak ajak balik. Sampai rumah makdah, semua orang ajak meeting. Disember vacation.hehe. semuanya sepakat decide nak pergi Port Dickson. kak et in-charge book bilik. abah & makyong pilih nak amek 1 apartment 4 bilik kat Corus Paradise. means, 1 family, 1 bilik lah. kami nak pergi untuk 3 hari 2 malam. InsyaAllah.


As semalam ajak ira datang tidur kat rumah. Aku, ina, opie & ira decide nak pergi Jusco. ajak Bun. janji nak pergi awal. Dengan aku yang tak tidur 1 malam menyiapkan 1 tugasan penting. then terbangun lewat pukul 10. semuanya terlewat. Then semuanya cepat-cepat mandi & siap-siap makeup. tunggu Pakcham balik kerja, pergi Jusco pukul 2 petang. cik abgku dah menggu dekat sejam dan menarik muka marah. sory la sayang.. Aku pun bagi kat dia, MP3 yang aku dah beli sekian lama untuk hadiah anniversary kitorang baru-baru ni.

Budak-budak ni addict sangat nak pergi karok. aku dengan bun, ikutkan aje. Rm 32.20 satu kepala. mahalnya rasa. tapi, try dulu lah. kot-kot best kan? dapat bilik besar jugak. aku tak pernah karok dalam Green box ni. agak best sebab dapat makan! perut pun dah lapar. berulang pergi amek air. milo lah, coke lah. hehe. from 2 till 5 melalak kat karok, ketawa ada, menjerit ada, menangis pun ada..

Lepas tu semua nak pergi makan. dah tak makan satu hari. pergi lah chicken rice shop. hangin tol tengok muka waitress tu! sebab lapar, makan aje lah. aku & bun amek set untuk 2 orang. ina, opie & ira amek single setiap seorang. Makan dengan kenyang, bun belanja. terima kasih! kat bawah ni ada gambar-gambar bergedik kami semua.


ira yang cute.thanks for staying at my house.

orang-orang yang tak asing lagi dalam hidup aku. ina & opi

thank u so much syg, for everything today! i really enjoy it!

Kitorang berpecah membawa haluan masing-masing. ina & ira bawak opie pergi potong rambut. Aku & bun pergi jalan-jalan berdua. seroinok jugak tengok dia pegangh MP3 tu. Aku harap r/ship kitorang bertambah baik & klami dah tak bergaduh lagi. i love u dear. i know i'm such an annoying girl but, i love u more than u know. Bun asyik tanya aku nak apa-apa tak? aku cakap, tak nak lah. aku tak menyusah kan dia. dia datang bersusah-susah dari wangsa maju hari ni untuk jumpa aku. so, buat apa nak hadiah lagi kan? aku bersyukur sangat hari ni dapat jumpa bun. Kat Padini, ina pinjam duit aku uintuk beli baju ala-ala Haliey William. aku pun amek 1 t-shirt.

Mama & abah call suruh balik. diorang dah tunggu kat bus stop Jusco. aku pun terpaksa berpisah dengan bun. dia amek cab pergi Komuter Klang. tak lupa jugak aku menyerahkan satu tugasan penting yang aku buat untuk bun. sory tak siapkan 1000. Thank you girls & my love! nanti kita jalan-jalan lagi okey!

October 26, 2010

Mcdelivery


26/10/2010
hari ni first time dalam hidup, aku beli Mcd pakai mcdelivery. lepas bincang-bincang dengan opie,amin & ina. kitorang decided nak beli apa yang kitorang nak makan..
aku - Spicy mcDuluxe set large dengan milo ais termasuk mcshaker
amin- beefburger (sebab dia tak boleh makan ayam & telur)
ina- Double Cheeseburger set medium dengan milo ais
opie- Mcchicken set medium.
then, aku call mcd pakai phone rumah, 1300-13-1300.
aku order dengan berhemah sekali. dah macam operator telekom je aku cakap dengan orang kerja mcd tu. semua sekali RM 41.70 termasuk tax & RM 3.00 charge penghantaran.
lebih kurang 15minit tunngu, motor tu pun sampai. rasa berdebar-debar je. macam etnik jakun je aku time budak mcd tu datang rumah. haha.
aku amek apa yang jadi tadi sebagai pengajaran dimasa hadapan. kot-kot nak order lagi kan?hehe. ni aje nak cerita. kat bawah ni ada gambar yang sempat aku snap tadi..


milo ais aku.

i love u mcshaker!
lauk-pauk yang dibeli
senarai lauk-pauk yang dibeli


October 25, 2010

Sabtu & Ahad

sabtu, 23/10/2010

Aku tidur lewat. lebih kurang pukul 4 pagi macamtu. tapi aku bangun awal. mama kejutkan sbb nak ajak join dia, makyong & makcikyang pegi perhimpunan agung UMNO kat PWTC. pukul 9:30pagi aku,mama & makcik yang pun begerak lah dari rumah ke port klang untuk fetch makyong. abah drivernyer. so, lepas fetch makyong, dia pun ajak breakfast kat giant port klang. kat situ ada kedai cina muslim. mulanya agak was-was jugak, dah lapar, sebat aje lah! haha. aku order nasik lemak biasa dengan teh o ais. mama,makyong and abah order roti canai banjir. nasik lemak aku sampai dulu, dfengan lafaz bismillah, aku pun makan dulu. sedap giler ar nasik lemak ni!! aku bagi markah 10/10. dah mama dengan abah tengok aku makan dengan bersemangat & macam sedap, dorang pun order sorang 1 pinggan dengan bungkus untuk 4 orang (amin,akim,ina & opie).

selasai bab breakfast, kami berempat pun pergi ke stesen komuter port klang. makyong belanja naik komuter sampai stesen putra. mula-mula gerabak kosong, lepas sampai klang, mula penuh. aku rasa tak selesa betul. sampai lah stesen yang di tuju pukul 1 tengah hari. panas cuacanya. bersesak kat depan pintu disebabkan orang yang ramai. kebetulan tu time orang lunch. berapa kali aku ditolak sampai nak jatuh. ni la first time aku masuk PWTC. selama ni aku dengar je. naik ke aras 3. tempat jualan yang dengarnya murah-murah belaka. memang pun! orang ramai gila. lagi sekali aku kena tolak sampai nak jatuh!

makyong ni pergi PWTC ni ada hajat. nak jumpa anak sedara makcikyang. dia ada travel agency. Riverside nama company dia. makyong nak pergi sabah. tapi sabah ni mahal dari pergi jakarta bandung. then lepas berbincang dengan anak sedara makcikyang yang cantik tu, dia bagi harga RM1500 untuk 4 hari 3 malam, tambang pergi balik siap penginapan dan jugak makan dan minum. murah kan? kakak tu cakap, lagi ramai, lagi murah. so, makyong offer nak bawak aku & ina. lepas tu, aku pun suggest bawak ira dengan opi. mama tak kisah aku pergi pun sbb dia tau aku suka berjalan. tapi tak confirm lagi sebab kena tanya abah. lepas dekat 30minit berbincang, kami pun pergi bershopping dalam tu. mana booth yang tak aku pergi? semua aku singgah. makyong pun bankrup. yelah, kerim pemutih tu sampai RM100 dibelinya. sbb kena ugut dengan penjual-penjual tu! makyong menyesal jugak. tapi ape boleh buat kan? beli je lah. makyong belikan aku kain cotton. cantik. aku pileh sendiri. duit yang abah bagi kat aku, aku buat beli shawl cotton. hitam & putih. berjalan dalam tu sampai 4:30petang.

kami decide nak pergi wangsa walk. mama bagi chance aku jumpa bun. dalam pada tu, kami pun dah lapar. tapi kat luar hujan. kami pun masuk dalam hotal pasific sebelah tu untuk berteduh. hujan reda, kami pun naik teksi untuk pergi wangsa maju. tangan aku ni dah sarat dengan barang-barang. sampai wangsa walk pukul 5 lebih. kitorang pun cari kedai makan. aku ajak mama, makyong & makcik yang makan kat kedai AYAM PENYET-AP.

mama order 5 pinggan nasik putih. untuk bakal menantu sekali, gado-gado,ayam penyet, terung belado, masak lemak pucuk ubi, pecel. aku makan macam-macam. sedap. patut bun selalu makan kat situ. mula-mula,bun ni gedik taknak makan konon. malu dengan mama la ape lah. lepas tu makan jugak. habis sepinggan dia makan. aku dgn bun belanje makan ni. semuanya, RM72.70. tapi mama bayar balik.sebelum balik, jalan-jalan kat wangsa walk dulu. cari teksi untuk balik Klang terus. sedih rasanya berpisah dgn bun. rasa macam dah berbulan tak jumpa. balik klang dari wangsa walk, RM60.00. aku memang letih. sampai demam-demam.


makyong, aku, makcikyang, mama
mama & bun


ahad, 24/10/2010
tengah hari ni balik batu laut. aku dah lama sangat tak balik. aku rasa bengang gila kat mama. marah-marah aku tak pasal-pasal. dah lah aku tak berapa sihat. dengan periodnya lagi. balik batu laut dengan mama,makyong,maknani & opie.singgah banting beli sayur & segala macam kelengkapan rumah wan-wan tu.

lalu kat ladang gadong...seram bulu tengkuk aku. rasa menyampah pun ada. sampai batu laut, aku dah lapar. abah belikan nasi lemak yang aku rasa teringin sangat nak makan. rasa terharu bila mama cerita abah bersusah cari nasi lemak untuk aku makan. mana lagi nak cari bapak macam abah kat dunia ni? oleh sbb tu, aku makan 2 bungkus. lepas makan tu pe lagi, membuta depan tv. dekat 2 jam jugak lah aku,opie membuta depan tv tu.

petang tu, ateh call batu laut. dia nak datang rumah. lepas salam-salam wan, kitorang pun balik rumah.tak lama lepas tu, ateh pun sampai dengan tokchop & nana. borak-borak kejap,then pergi rumah makcik ani. tengok gambar kawin kak ain.. sweet je..moga berkekalan hingga akhir hayat ye..

October 22, 2010

Selamat Bercuti!

Dah lame sgt xupdated blog ni since sem 6 aritu. Actually aku ni sgt la busy. dgn rumah, unisel, assignment byk!, last semester, kehidupan, percintaan, makan...byk kan? Lagi satu hal yg membuatkan aku x log in blogger ni sebab,xtaw nak tulis pe kat sini. Dalam kepale otak ni macam2 nak tulis tapi,dah xkreatif,so, lupakan je lah niat suci murni ni.

Hari ni, genaplah tiga hari aku 'ter'isytihar cuti dan yg paling teramat penting sekali! Aku dh tamat pengajian diploma level. Tapi disebabkan terpaksa menjalani subject 'peralihan'(sekolah dulu,budak-budak mengulang masuk kelas ni lah),ekonomi,aku terpaksa merelakan jasad dan batin aku untuk menempuh lagi satu semester. Semester 8. Tak pelah kan..dugaan. Sabar jaja, sabar!!!

Ok lah. Nak start story telling ni tentang rutin harian aku sebagai 'penyelia' rumah terpimpin.
  • Pagi-pagi lagi aku dah celik mata,
  • buat warm up dulu sebelum 'punch kad',
  • menjerit sekuat hati kat alat pendengaran adik perempuan aku yang tersayang,
  • pergi amek kain-kain dalam mesin basuh,
  • bawak depan untuk jemur,
  • masuk rumah, menyapu,
  • kemas-kemas rumah sikit takot orang datang serbu, (mentang-mentang aku cuti, ada je nak mendera aku)
  • masak untuk adik-adik aku dengan berpeluh-peluh & bau busuk tak mandi,(aku memang pandai memasak, ok!)
  • mandi, membuang daki selama 15 minet, (normal untuk seorang perempuan)
  • bersiap untuk makan,
  • menonton TV kejap sambil melipat kain-kain semalam,
  • take a nap, (usually for 2 hours)
  • angkat kain jemuran untu dilipat pada esok hari
  • mandi untuk malam
  • tepat jam 6:30 petang, 'punch kad' menandakan tamat waktu bekerja
best kan? Elaun pun dapat. Bukan kerja free je tau.. Beginilah seterusnya rutin harian aku selama aku bercuti. Tak kesah lah. nanti lepa s kahwin dah tak payah disuruh lagi. dah pandai buat kerja rumah. Nanti mentua pun sayang.. Dorang mesti cakap, "dah lah comel, pandai & rajin buat kerja lak tu".. Fuh! award!! hahaha. senang je kerja aku ni. tak payah susah-susah. lagi satu hal, aku tak payah nak siram-siram pokok ke berkebun ke apa.. Tunggu je hujan.. hahaha. Aku rasa macam nak tanam pokok.. pokok cengal yang besar gedabak tu, tak pun pokok ceri. kalau panas, rumah aku dengan rumah maknani, redup je. Tapi mama mesti marah punya sbb kain dia tak kering pulak.

Dah! Tamat membebel bab kerja rumah yang takkan pernah berkesudahan ni. kadang-kadang aku duduk sorang, aku terfikir. pe yang aku nak buat lepas semester 8 ni nanti? pening jugak di buatnya. yelar, aku macam dah tak minat nak sambung study. Kerja pulak? Ada ke insan yang sudi menerima aku bekerja nanti? pening-pening! Kalau pun satu hari nanti aku sambung belajar, aku dah tak amek dah ar masscomm ni kot. aku teringin nak further dalam 'pengurusan pelancongan'.. Tengok tajuk je dah tau best kan? Tapi tengok dulu lah macam mana... semoga Allah sentiasa meredhai jalan yang terbaik untuk aku. Aminn...

Pasal kahwin-kahwin ni aku tak bersedia lagi pun. saje aku buat onar nak melangsungkan tahun depan tapi, "duit tak ada..tapi hati ingin kahwin".. dah gatal benor aku ni gamaknya! Tak pelah.. batalkan je niat ni dulu sebab ada banyak lagi urusan kerjaan yang perlu di penuhi!.

Ok lah. aku nak tidur lah. esok nak kerja. tapi nampak gayanya kerja aku agak lah best sebab akem dah balik!! aku nak try ajak dia merayau ah! hahaha. Good nite everibody! CUL8R!

April 16, 2010

event!event!event!

10/april/2010. event Anitament! dah lepas pun. aku rasa happy sangat-sangat. kecewa pun banyak juga. seronok melihat kucing-kucing yang ada masa tu. tuan kucing yang kelakar! haha. kecian juga kat kucing-kucing adoption tu. muka sedih ja sekor-sekor. ada yang diadopt, tapi tak nak keluar dari sangkar. mungkin, dia serik dengan perangai manusia-manusia yang bermuka-muka. cakap nak jaga, esok lusa, bagi lepas. dah kucing-kucing ni hilang tempat bergantung. kesian! dekan cakap masa dia berucap tu: "once upon a time, there one pros(prostitute) walking at a dessert. then of all sudden, she saw a dog looking for water because it thirsty. akibat daripada itu, pelacur tersebut pun kesiankan anjing itu lalu mencari air menggunakan kasutnya. dan memberi anjing itu minum. Allah mengampunkan segala dosa besarnya dan beliau ditempatkan di syurga. lihat! besar sungguh martabat makhluk yang diciptakan oleh NYA.". lepas tu terus aku dapat idea, nak tolong setiap haiwan-haiwan yang memerlukan. tapi, kita mana boleh pegang anjing. haram. dosa. hehe. tolong binatang lain lah. tapi bagi air tak pakai kasutlah, pakai cawan syarikat menang mama ke.. haha. mengarut sudah!
lebih 1000 orang datang memeriahkan event hari tu. bangga mak! hehe. tapi ada juga lah yang aku kurang perkenan. dah suruh jaga pintu, aku pun jaga lah pintu. dekat sejam juga aku berdiri macam patung kat pintu entrance tu. sekali sekala jadi jepun. tunduk-tunduk welcoming para-para tetamu yang datang. tapi, tak boleh jadi bila aku tengok, balik-balik muka ni juga yang masuk, muka ni juga yang keluar. lagi buat aku geram sangat bila ada orang datang dekat ja, tanya aku, " dik, toilet mana?", aku tolong lah tunjukkan. boring tau. tapi tak apalah, janji markah aku tinggi. aku buat keputusan blah dari situ and jalan-jalan sekeliling dewan mengalahkan pak guard. hehe.
sebagai usherer, mengiring tetamu vip tu dah jadi salah satu tugas aku. 2 orang tau aku iring. jangan main-main. puan azura dan cik adlene(miss ad lah). dua kali aku iring mesti ada yang nak belanja makan lah, minum lah. hehe. dengan puan azura tu aku segan sikit. malulah konon. hehe. tapi dia baik. peramah sangat. mula-mula tu aku ingat dialah datuk latifah omar tu. lepas aku tanya kat mis ad, dia cakap "oh!tu puan azura". hehe. masa jalan-jalan dengan miss ad, mulut aku ni asyek tersasul ja panggil miss ad. "madam". hahaha. dah dekat kut miss ad. hehe. miss ad belanja aku air. dengan mis ad ni aku kurang segan sikit lah sebab dah kenal kan? hehe. tak lupa! miss ad beli macaroni maklili. hehe. kembang lah maklili dapat meluakkan satu macaroni yang di jual. hehe.
mana Maria Tunku Sabri? alah.. mana makdah ni. aku keep calling, text dia tanya kat mana. aku risau sangat. yelah, dia janji nak datang. jiah datang kat aku tanya. aku try lagi call makdah. unfortunely, dia tak dapat datang, wah! malu and sedih!! aku pun macam nak nangisd dah masa tu. aku tak inform pun kat jiah makdah tak dapat datang. i know it is all my fault."sorry jiah".
aku dah tak dapat nak tahan my tears droping on my face, aku pun nangis lah petang tu. teruk gila! sampai merajuk-rajuk. aku nak balik sangat petang tu. tapi madam tak bagi. aku ingat lah kan, madam marah aku lah ni sebab mak dah tak datang.. madam suruh make sure dewan kemas and bersih. aku pun gigih mengemas. nak angkat meja lah. kerusi lah. menyapulah. semua tu aku buat sebab nak balik sangat-sangat. dalam hati ni bengang gila tengok para-para kehormat majlis duduk bersenang lenang atas stage, menari-nari, main rambut lah, amek gambar lah. aku tak boleh bersuara sebab siapalah sangat aku ni? ni spiral of silencelah ni. tiada hak kebebasan bersuara. aku ni bukan presiden. kat luar tu aku perhatikan sorang makhluk ni asyik memadu asmara. macam dia seorang ja yang ada boyfriend. kalau hendsome macam jehan miskin tu tak apalah. ni macam miskin papa kedana ja. sesuai sangat lah dengan kau! orang lain bagai nak mati berkemas, kau buat macam apa ja! lagi buat aku nak menangis kuat-kuat bila ada sorang pakcik ni datang kat aku tanya toilet. dia cakap macam ni, "dimana kamar mandinya neng?" buat cakap stail indon. bengang gila lah!! aku bukan cleaner lah! cakap lah elok-elok.
a 1000 tahanks i dedicate to zura, mira, shila, ekin, att, farah aqilah, nadia natasha, amer, ajim, syahin, fahmi, farah tania, arip, wan 22, lemon and of course you nadia asyikin sebab bekerja keras mengemas. thank juga sebab tanya aku "kenapa cat nangis?". taknak lah cerita. dah lah kita ni dapat bad record. nanti orang kata bawa mulut pula.
lastly, time amek gambar ramai-ramai, aku sebenarnya sedih sangat. iyalah.. makeup pukul 5:45pagi dah hilang, cair. dah tak cantik.. tu yang mula-mula refuse nak amek gambar. tapi tak apalah. tu la satu-satunya event paling 'melets' pernah aku buat. thanks abah, maklili, ateh, pak rashid, maknani, ina, opie, nana, aryna, azri , tokchop and last but not least my super dooper boyfriend, bun sebab datang bagi support untuk event tu.

zuera,zuera...

zuera, cat dah start tulis-tulis blog ni... rasa macam nak tiru zuera lah. boleh tak? hehe. nanti ajar cat jadi pembelog terhebat k!! hahaha. betul apa zuera cakap.. "ni our own space. lantak kat kita lah nak tulis apa pun". bagi cat, orang yang mengata kita tu, BODOH sangat-sangat-sangat.. dengki lah kan kita pandai menulis. betul tak? betul tak? haha. by the way, cantik tak cat punya blog ni? hehe.